Saturday, May 23, 2009

PEMBENTANGAN DALAM KELAS : POST-MORTEM PERKHEMAHAN

PEMBENTANGAN DALAM KELAS : POST-MORTEM PERKHEMAHAN

___________________________________________________________________________________________

PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

PERKHEMAHAN TAHUNAN KADET REMAJA SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SARAWAK

TAHUN 2009

AHLI KUMPULAN

GRACIELLA BINTI MUTIL

LYDIA SUZZANCE FRANCIS

MOHD. KHAIRUDDIN BIN REDUAN

MOHD. KHAIRIZAN BIN REDUAN

POST-MORTEM

KEKUATAN

Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta

Membina insan yang kental dari segi fizikal dan mental.

Memberi pendedahan tentang cara hidup di hutan

Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta


KEKUATAN

Membentuk jati diri dan sahsiah peserta

Memupuk nilai cintakan alam sekitar

Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.

Membentuk nilai kepimpinan


KELEMAHAN

Keadaan cuaca yang kurang baik

Kekurangan peralatan

Terdapat binatang berbisa

Tiadanya khidmat professional

Kurangnya sumber air bersih

Para peserta kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan


CARA MENGATASI

Memilih tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan

Memastikan kelengkapan yang dibawa mencukupi

Mendapatkan khidmat professional

Memastikan adanya bekalan air tambahan

AJK perkhemahan hendaklah lebih tegas

_____________________________________________________________________________________________

Thursday, May 14, 2009

TUGASAN : POST-MORTEM PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH

Post-mortem
Pengenalan
Pada 26 April 2009 sehingga 29 April 2009, Persatuan Kadet Remaja Sekolah IPGM Kampus Sarawak Miri telah melaksanakan Program Perkhemahan Tahunan di Kem Belia Pueh, Lundu. Secara amnya, perkhemahan ini dijalankan untuk memupuk jatidiri dalam diri peserta perkhemahan serta membina ketahanan diri mereka kepada cabaran. Ini dapat menyiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Perkhemahan ini melibatkan 40 orang peserta sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang akan diadakan sebagai pengisian kepada perkhemahan tahunan yang berlangsung selama 4 hari ini. Antaranya ialah ceramah kemahiran perkhemahan, demonstrasi penyediaan tapak perkhemahan, khidmat komuniti, sukaneka, jungle tracking dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan berobjektifkan membina jati diri peserta supaya menjadi insan yang berdisiplin, berkemahiran serta berdikari.

Kekuatan
 Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta dimana mereka perlu berinteraksi sesama sendiri atau dalam aktiviti berkumpulan supaya tugas yang diberi dapat dilaksanakan dengan cekap.
 Membina insan yang kental dari segi fizikal dan mental. Aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan ini sebenarnya mengandungi elemen-elemen yang boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental peserta dalam menghadapi cabaran.
 Memberi pendedahan tentang cara hidup di hutan. Memandangkan kem ini terletak berhampiran dengan hutan, jadi aktiviti yang dijalankan juga difokuskan dengan kemahiran-kemahiran untuk menyelamatkan diri di dalam hutan selain cara untuk hidup di dalam hutan.Ini dapat membantu peserta yang juga bakal guru apabila mereka dihantar bertugas ke pedalaman kelak.
 Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta. Salah satu aktiviti wajib untuk dilaksanakan setiap hari pada perkhemahan tahunan ini ialah kawad kaki. Aktiviti ini dapat mendisiplinkan para peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna.
 Membentuk jati diri dan sahsiah peserta. Semasa perkhemahan ini dijalankan, unsur kerohanian tidak dilupakan dimana ceramah agama dan moral diberikan kepada peserta-peserta dalam satu aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam. Ini dapat membina insan yang berakhlak mulia serta baik budi pekertinya.
 Memupuk nilai cintakan alam sekitar. Semasa mendirikan khemah dan melaksanakan aktiviti yang dirancang, peserta telah diingatkan supaya tidak merosakkan tumbuhan yang ada di sekeliling serta memastika kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih. Ini mendidik mereka supaya menghargai alam sekitar.
 Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan diadakan peserta-peserta terpaksa berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Di sini, mereka dapat belajar bekerjasama dan bukan bertindak seorang diri.
 Membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.

Kelemahan
 Keadaan cuaca yang kurang baik di tapak perkhemahan telah menyebabkan sesetengah aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
 Kekurangan peralatan juga merencatkan perlaksanaan aktiviti semasa perkhemahan ini di mana peralatan ini disediakan dalam kuantiti yang sedikit serta keadaan peralatan yang sudah uzur.
 Terdapat binatang berbisa seperti lipan, ular, kala jengking dan sebagainya di kawasan tapak perkhemahan yang boleh membahayakan keselamatan para peserta.
 Tiadanya khidmat professional semasa melaksanakan perkhemahan menyebabkan perlaksanaan sedikit kucar kacir.
 Kurangnya sumber air bersih terutamanya apabila selepas hujan. Ini menyukarkan tugas menyiapkan makanan dan minuman untuk para peserta.
 Para peserta kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan sesetengah aktiviti dijalankan lebih lewat daripada yang sepatutnya.
Cara mengatasi
 Memilih tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan iaitu mengelakkan daripada melaksanakan perkhemahan pada musim hujan.
 Memastikan kelengkapan yang dibawa mencukupi. AJK peralatan yang telah dilantik hendaklah memainkan peranan dengan menyemak segala kelengkapan yang hendak dibawa dan memastikannya mencukupi untuk aktiviti yang akan dijalankan.
 Mendapatkan khidmat professional seperti tentera, pelatih PLKN mahupun sesiapa yang mahir dalam kemahiran dalam perkhemahan untuk memberi nasihat berkaitan perlaksanaan perkhemahan.
 Memastikan adanya bekalan air tambahan sebagai persediaan sekiranya tiada sumber air bersih di kawasan perkhemahan semasa hari hujan.
 AJK perkhemahan hendaklah lebih tegas dengan melaksanakan aktiviti tepat pada masanya serta menghukum peserta yang tidak menepati masa.

Penutup
Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Namun, masih terdapat beberapa permasalahan dan kekurangan yang perlu diambil perhatian dan diambil tindakan segera supaya tidak lagi berlaku pada sesi perkhemahan tahunan yang akan datang. Segala permasalahan ini mungkin tidak dapat dilihat kesannya secara langsung, namun sedikit sebanyak ia menjejaskan kesempurnaan perlaksanaan aktiviti semasa perkhemahan ini. Adalah diharapkan perkhemahan tahunan yang akan datang dapat dijalankan dengan lebih menarik dan lebih teratur.

OPERASI
Hari Pertama (26hb April 2009)
Masa Aktiviti Catatan
1400-1600 Pendaftaran - Para peserta mendaftar di tempat yang disediakan.
- Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan.
- Keperluan untuk perkhemahan deberikan kepada setiap kumpulan.
1600-1800 Taklimat - Peserta diberi taklimat berkenaan perkhemahan.
- Menekankan peraturan, keselamatan, makanan, aktiviti dan sebagainya.
1800-2100 Persiapan diri/solat Maghrib dan Isya’/makan malam - Peserta akan diberi masa untuk mandi dan mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.
- Peserta beragama Islam bersolat pada waktu Maghrib dan Isya’.
- Menikmati makan malam yang dimasak sendiri oleh peserta.
2100-2230 Break The Ice - Sesi berkenalan dan merapatkan hubungan.
- Pelbagai aktiviti dilakukan untuk memecahkan jurang perhubungan antara peserta.
- Pensyarah bertindak sebagai fasilitator.
Hari Kedua (27hb April 2009)
Masa Aktiviti Catatan
0600-0730 Subuh/ Senaman pagi/ Sarapan/ Persiapan diri - Peserta beragama Islam bersolat Subuh
- Melakukan senaman pagi di dataran.
- Bersarapan dan bersiap.
0830-0930 Ceramah Kemahiran Perkhemahan - Peserta diberi taklimat berkenaan kemahiran-kemahiran yang perlu ada sewaktu perkhemahan
0930-1130 Demonstrasi penyedian tapak perkhemahan - Peserta akan ditunjukkan dan diajar cara-cara menyediakan tapak perkhemahan dengan betul.
1130-1400 Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur/ Persiapan Diri - Para peserta berehat sambil makan tengahari
- Peserta beragama Islam bersolat Zohor.
- Mandi dan bersiap.
1400-1800 Jungle tracking - Peserta dibawa masuk ke dalam hutan.
- Peserta diberi tunjuk ajar tentang kemahiran semasa berada di dalam hutan.
1800-2100 Persiapan diri/ Maghrib & Isya’/
Makan malam - Peserta akan diberi masa untuk mandi dan mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.
- Peserta beragama Islam bersolat pada waktu Maghrib dan Isya’.
- Menikmati makan malam yang dimasak sendiri oleh peserta.
2100-2230 Ceramah agama dan moral - Bagi peserta beragama Islam, ceramah agama disampaikan kepada mereka oleh ustaz.
- Peserta bukan beragama Islam pula akan mendengar ceramah moral daripada pensyarah yang berkaitan.


Hari Ketiga (28hb April 2009)
Masa Aktiviti Catatan
0600-0730 Subuh/ Senaman pagi/ Sarapan/ Persiapan diri - Peserta beragama Islam bersolat Subuh
- Melakukan senaman pagi di dataran.
- Bersarapan dan bersiap.
0830-1130 Khidmat Komuniti
‘Jalan-jalan Cari Kerja’ - Peserta akan dibawa ke kampung yang berdekatan untuk menjalani khidmat komuniti seperti bergotong royong membrsihkan kawasan kampung.
1130-1400 Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur/ Persiapan Diri - Para peserta berehat sambil makan tengahari
- Peserta beragama Islam bersolat Zohor.
- Mandi dan bersiap.
1400-1800 Aktiviti lasak
‘Commando Firefox Canoe’ - Peserta akan melakukan aktiviti lasak di sekitar kawasan perkhemahan.
- Antara aktiviti yang dilakukan ialah berkayak, “flying fox”, latihan ala komando dan lain-lain.
1800-2100 Persiapan diri/ Maghrib & Isya’/
Makan malam - Peserta akan diberi masa untuk mandi dan mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.
- Peserta beragama Islam bersolat pada waktu Maghrib dan Isya’.
- Menikmati makan malam yang dimasak sendiri oleh peserta.
2100-2230 Malam Bintang Berseri - Para peserta akan mempersembahkan persembahan kumpulan masing-masing.
- Antara persembahan yang boleh dipersembahkan ialah nyanyian, lakonan, dikir barat dan sebagainya.



Hari Keempat (29hb April 2009)
Masa Aktiviti Catatan
0600-0730 Subuh/ Senaman pagi/ Sarapan/ Persiapan diri - Peserta beragama Islam bersolat Subuh
- Melakukan senaman pagi di dataran.
- Bersarapan dan bersiap.
0830-1130 Sukaneka - Peserta akan mengadakan sukaneka yang melibatkan semua peserta perkhemahan dan penduduk kampung.
- Menekankan sukan dan permainan rakyat dan tradisional.
1130-1400 Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur/ Persiapan Diri - Para peserta berehat sambil makan tengahari
- Peserta beragama Islam bersolat Zohor.
- Mandi dan bersiap.
1400-1800 Gotong royong - Peserta akan melakukan gotong-royong mengemas kelengkapan perkhemahan sebelum berangkat balik.
- Memastikan tapak perkhemahan bersih daripada sampah.
1800 Balik - Semua peserta berangkat pulang ke institut.

kertas kerja perkhemahan kadet remaja sekolah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SARAWAK, MIRI
JALAN BAKAM, 98009 MIRI,
SARAWAK




KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TAHUNAN
PERSATUAN KADET REMAJA SEKOLAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SARAWAK
TAHUN 2009


DISEDIAKAN OLEH:
SERANIE AK NGAOH
SETIAUSAHA
PERSATUAN KADET REMAJA SEKOLAH
IPGM KAMPUS SARAWAK




1. Pendahuluan

Perkhemahan ini merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan yang mantap dari semua sudut serta mendedahkan peserta kepada pelbagai cabaran dan kemahiran yang berguna. Program ini melibatkan semua ahli Persatuan Kadet Remaja Sekolah Institut Perguruan Sarawak Miri. Secara amnya, perkhemahan ini dijalankan untuk memupuk jatidiri dalam diri peserta perkhemahan serta membina ketahanan diri mereka kepada cabaran.

2. Rasional

Perkhemahan KRS ini menekankan aspek ketahanan fizikal dan mental ahli-ahli KRS dimana peserta yang mengikuti perkhemahan ini akan diuji kekuatan fizikal dan mental mereka melalu banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti ‘solo camping’, meredah hutan, meredah sungai dan sebagainya. Di samping itu, program ini merupakan satu inisiatif kearah memantapkan serta meningkatkan kefahaman pelajar tentang pentingnya membina kualiti peribadi dan profesional sebagai seorang guru yang berakhlak mulia dan juga memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan guru pelatih dan komuniti di luar persekitaran institut. Oleh itu, harapan kami agar program ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.

3. Matlamat

Perkhemahan ini bermatlamat untuk melahirkan golongan pendidik yang mempunyai sifat berani menghadapi cabaran, meningkatkan ketahanan fizikal sebagai persediaan mengajar di pedalaman, memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat.






4. Objektif

Adalah diharapkan di akhir program ini guru pelatih akan dapat:

4.1 Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara guru pelatih dengan masyarakat luar serta mewujudkan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.
4.2 Memberi kesedaran kepada bakal guru akan cabaran yang akan mereka lalui sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pendidik kelak lebih-lebih lagi semasa di pedalaman.
4.3 Memantapkan mental bakal-bakal guru dari perspektif ketahanan fizikal, kecerdasan emosi, kekuatan rohani serta jati diri.

5. Tarikh

Tarikh yang dicadangkan ialah pada 26 hingga 29 April2009

6. Tempat
Kem Belia Pueh, Sematan

7. Sasaran penyertaan

Ahli-ahli Persatuan Kadet Remaja Sekolah

8. Sasaran penyertaan pelajar

60 orang pelajar.

9. Ahli Jawatankuasa Perkhemahan\

Rujuk Lampiran B


10. Penginapan

Kem Belia Pueh, Sematan


11. Kewangan: Sumber dan Perbelanjaan
9.1 Sumber kewangan adalah dari peruntukan Institut:

9.2 Anggaran perbelanjaan.
9.2.1 Minum pagi,makan tengah hari dan makan malam
60 orang x RM 20 = RM 1200

-------------------------------------------------------------------------
Jumlah = RM 1200
==========================================

(JUMLAH : RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU DUA RATUS SAHAJA)





12. Tentatif Program

Rujuk Lampiran A














13. Penutup

Semoga dengan adanya kertas kerja ini, diharap ia akan lebih memudahkan lagi pihak tuan untuk merujuk kepada butiran perancangan Perkhemahan Tahunan Persatuan Kadet Remaja ini. Diharap semua cadangan yang disertakan di dalam kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif dari pihak puan.




Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;


............................................................... .......................................................
( ) ( )
Setiausaha, Pensyarah Penasihat,
Persatuan Kadet Remaja Sekolah Persatuan Kadet Remaja Sekolah,
IPGM Kampus Sarawak, Miri. IPGM Kampus Sarawak, Miri.













LAMPIRAN B:
PERKHEMAHAN TAHUNAN
PERSATUAN KADET REMAJA SEKOLAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SARAWAK
TAHUN 2009

Senarai Jawatankuasa Kerja Guru Pelatih:

1. Pengerusi : Saiful Azali bin Hamdan
2. Naib Pengerusi : Kasina binti Abdul Razak
3. Setiausaha : Seranie anak Ngaoh
4. Naib Setiausaha : Stefi Lavina
5. Bendahari : Adelina anak Guntor
6. Naib Bendahari : Siti Khadijah Binti Parali

AJK Pengangkutan : Mamora Nepok
AJK Protokol : Nuraziemah binti Jamali
AJK Publisiti : Natalia
AJK Peralatan :
1. Sabri bin Mura
2. Mohd Zulfaizee bin Mohamad
3. Mohd Nazrin bin Othman
AJK Makanan :
1. Nurain bin Dolhan
2. Lydia Suzzance
AJK Cenderamata :
1. Graciella binti Mutil
2. Liaw Pei Yin
AJK Dokumentasi :
1. Mohd Khairuddin bin Mohd Zatar
2. Farid Fadillah


AJK Keselamatan : Mohd Khairizan bin Reduan
AJK Aktiviti : Mohd Khairuddin bin Reduan