Sunday, January 18, 2009

surat pekeliling KRS

KP(BS) 8591/Jil. IV (4)

19 JULAI 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995

PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting bagi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelak (JERI)

1.2 menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukanakan

2.0 RASIONAL

Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukan pakaian seragam di sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amat terhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharapkan dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

4.2 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

4.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

4.4 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

4.5 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

5.0 STRUKTUR ORGANISASI

5.1 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut:

a. Penaung

b. Penasihat

c. Pengerusi

d. Timbalan Pengerusi

e. Naib Pengerusi

f. Setiausaha Kehormat

g. Penolong Setiausaha Kehormat

h. Bendahari Kehormat

i. AJK yang dilantik

5.2 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:

a. Peringkat Kebangsaan

b. Peringkat Negeri

c. Peringkat Daerah

d. Peringkat Sekolah

Maklumat lengkap struktur organisasi boleh didapati dalam Perlembagaan KRS

6.0 KEAHLIAN

6.1 Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

6.2 Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 6.1.

6.3 KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan.

6.4 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas.

7.0 KURIKULUM

7.1 Teras

a. Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma

b. Latihan Fizikal

c. Pendidikan Kerohanian

7.2 Umum

a. Aktiviti di Air

b. Aktiviti di Darat

c. Aktiviti Pengembaraan

d. Latihan Mental

e. Latihan Kewarganegaraan

f. Aktiviti Ketahanan Diri

g. Aktiviti Pendidikan Luar

h. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar

i. Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan)

j. Aktiviti Khidmat (Khidmat Masyarakat)

8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

8.1 Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS peringkat Kebangsaan Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS.

8.2 Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS.

9.0 YURAN KEAHLIAN

Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap ahli.

10.0 PAKAIAN SERAGAM (UNIFORM)

Maklumat terperinci mengenai pakaian Seragam (Uniform) boleh didapati dalam buku Perlembagaan KRS

11.0 KESELAMATAN DIRI

12.0 PENGECUALIAN

Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai KRS

12.1 Kes-kes Perubatan, Pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh doktor mengidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS.

12.2 Kecacatan, Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan angota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. Tetapi sekiranya kecacatan mereka menjadi penghalang, pelajar-pelajar tersebut hendaklah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai bagi mereka.

12.3 Kelas Agama, Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Pengetua hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.

13.0 PEMANTAUAN

13.1 Tugas pemantauan hendaklah dilakukan oleh:

a. Pengarah Pendidikan Negeri

b. Pegawai Pendidikan Daerah

c. Pengetua

d. Ketua Penolong Pengarah dan Penyelia Kokurikulum JPN

e. Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah

13.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Laporan aktiviti

b. Laporan kewangan

14.0 Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama-sama dengan lampirannya kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Lagu Kadet Remaja Sekolah

Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang keamanan negara,
Menjayakan Iman dan Amal.
Marilah kita membina peribadi,
Menjadi insan yang kreatif,
Bersama kecemerlangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan,
Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta,
Remaja hayati budaya,
Ilmu, Iman dan Amal,
Kekalkan di hati dan jiwamu,
Wawasan kadet remaja sekolah.

Objektif Kadet Remaja Sekolah

1.Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

2.Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3.Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.

4.Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5.Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

6.Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

7.Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya

Logo KRS


PERISAI bermaksud benteng pertahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

BULAN DAN BINTANG bermaksud agama islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

DUA TANGKAI PADI BERSILANG bermaksud resmi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

BUKU DAN REHAL bermaksud peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan,kaum,agama,dan latar belakang ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan falsafah pendidikan negara.

WARNA HIJAU bermaksud alam sekitar yang sihat.

WARNA MERAH bermaksud keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankn negara yang tercinta.

WARNA KUNING bermaksud warna diraja yang menjadi tunggak kedaulatan negara Malaysia.

WARNA PUTIH bermaksud keikhlasan dan kesucian.

Cogan Kata KRS

ILMU bermaksud asas keintelektual dan keterampilan ahli KRS.

IMAN bermaksud keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

AMAL bermaksud penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

Sejarah KRS

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah.
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan yang diadakan pada bulan oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

perkemahan

SEBELUM PERKHEMAHAN

Pewujudan Ahli Jawatan Kuasa
Ahli jawatankuasa perlu diwujudkan bagi melancarkan perjalanan perkhemahan.
1. Membincangankan tempat perkhemahan
2. Merancangan aktiviti yang terlibat dalam perkhemahan.
3. Membahagikan tugas kepada setiap ahli jawatankuasa
4. Berbincang berkenaan peralatan yang perlu dibawa.
Pemilihan tempat dan persiapan awal
Sebelum ke sesuatu tempat perkhemahan, bebrapa aspek perlu dipikirkan seperti berikut:
1. Keluasan kawasan bagi perkhemahan mestilah mencukupi bagi semua ahli dalam kumpulannya. Kawasan ini mestilah mempunyai kemudahan asas seperti tempat berehat dan perhimpunan yang mencukupi.
2. Kawasan yang menarik atau bersejarah, misalnya di kawasan Gunung Ledang.
3. Keselamatan daripada binatang liar ataupun orang-orang jahat yang mungkin mengganggu peserta serta harta benda yang dibawa.
4. Pemimpin perlu juga memikirkan beberapa masalah yang mungkin timbul dan cara mengatasinya, musim-musim tengkujuh dan hujan yang mengendalakan kelancaran sesuatu perkhemahan.
Peralatan Perkhemahan
1. Peralatan untuk perkhemahan perlu disediakan lebih awal lagi.
2. Ringan dan kepadatan alat-alatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan bahan mustahak dan bahan yang digunakan untuk mendirikan khemah.
3. Memilih peralatan yang serbaguna, murah dan baik, senang dibawa ke sana kemari dan tahan lasak
4. Minimakan kebergantungan terhadap peralatan yang sedia ada, gunakan pelbagai altenitif untuk menyelesaikan masalah.
5. Memeriksa keadaan peralatan sebelum perkhemahan. Sediakan satu borang senarai semak peralatan.
6. Peralatan individu juga perlu diperiksa. Satu senarai semak perlu diwujudkan untuk membantu para peserta perkhemahan untuk mengenalpasti barangan serta peralatan asas yang perlu dibawa semasa perkhemahan.


SEMASA PERKHEMAHAN

Pemasangan khemah

  • Semasa mendirikan khemah beberapa aspek perlu diberi perhatian:
    1. Jangan dirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah.
    2. Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau agak rata, kawasan tinggi , bersih dan tidak berbatu, berlubang atau terdapat tunggul kayu dan sebagainya.
    3. Periksa dahulu kawasan supaya tidak ada sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya.
    4. Jangan dirikan khemah di tempat berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang bisa atau ular.
    5. Jika dua atau lebih khemah yang didirikan berjajar, jarak di antara dua tali khemah, seeloknya seluas dua orang berjalan bersaing.
    6. Semasa mendirikan khemah, perkara-perkara berikut perlu diteliti:
    a. Arah cahaya matahari terbit dan jatuh. Elak cahaya terus masuk ke dalam khemah.
    b. Arah tiupan angin. Dirikan khemah supaya berlawanan dengan arah tiupan angin.
    c. Tanah rendah.
    d. Kawasan teduh dan selesa.
    e. Parit-parit kecil hendaklah digali di sekeliling khemah supaya air hujan tidak bertakung dan masuk ke dalam khemah.
    f. Tali khemah ke pancang hendaklah sentiasa tegang supaya khemah tidak menggelendur.
    7. Apabila berkhemah di hutan, serbuk sulfur (belerang) hendaklah ditaburkan di sekeliling khemah untuk menggelakkan binatang berbisa merayap ke dalam khemah pada waktu malam.
    8. Jika berkhemah di hutan bawalah bersama ubat nyamuk.

Pemasangan gajet

  • Semasa mendirikan gajet beberapa perkara perlu diambil kira:
    1. Jangan memotong pokok atau dahan secara sebarangan.
    2. Pastikan lebihan kayu atau tali yang telah digunakan dikumpulkan di satu tempat
    3. Gadjet disusun agar tidak menghalang laluan.
    4. Gajet hendaklah diikat dengan kukuh agar tidak cepat roboh.
    5. Gajet yang siap perlu diuji sebelum digunakan. Jika berlaku kecacatan, gadjet tersebut perlulah dibaiki.
    6. Jimatkan penggunaan tali dan kayu.
    7. Adalah digalakkan menggunakan tali yang tidak perlu dipotong. Tali tersebut tidak perlu dibuang bahkan dapat digunakan untuk perkhemahan seterusnya. Disamping itu dapat menggurangkan sisa buangan yang perlu dibuang.
    8. Pastikan gajet yang bersaiz besar tidak terlalu dekat dengan khemah kerana besar kemungkinan gajet tersebut boleh menimpa khemah.


Upacara menaikkan bendera Kadet Remaja Sekolah


1. Selesai pemasangan khemah serta gajet, satu upacara menaikkan bendera perlu diadakan, manakala disebelah petang upacara menurunkan bendera dilakukan beserta nyanyian Lagu Kadet Remaja Sekolah.
2. Perlakuan ini wajib dilakukan setiap hari sepanjang perkhemahan.