Sunday, January 18, 2009

perkemahan

SEBELUM PERKHEMAHAN

Pewujudan Ahli Jawatan Kuasa
Ahli jawatankuasa perlu diwujudkan bagi melancarkan perjalanan perkhemahan.
1. Membincangankan tempat perkhemahan
2. Merancangan aktiviti yang terlibat dalam perkhemahan.
3. Membahagikan tugas kepada setiap ahli jawatankuasa
4. Berbincang berkenaan peralatan yang perlu dibawa.
Pemilihan tempat dan persiapan awal
Sebelum ke sesuatu tempat perkhemahan, bebrapa aspek perlu dipikirkan seperti berikut:
1. Keluasan kawasan bagi perkhemahan mestilah mencukupi bagi semua ahli dalam kumpulannya. Kawasan ini mestilah mempunyai kemudahan asas seperti tempat berehat dan perhimpunan yang mencukupi.
2. Kawasan yang menarik atau bersejarah, misalnya di kawasan Gunung Ledang.
3. Keselamatan daripada binatang liar ataupun orang-orang jahat yang mungkin mengganggu peserta serta harta benda yang dibawa.
4. Pemimpin perlu juga memikirkan beberapa masalah yang mungkin timbul dan cara mengatasinya, musim-musim tengkujuh dan hujan yang mengendalakan kelancaran sesuatu perkhemahan.
Peralatan Perkhemahan
1. Peralatan untuk perkhemahan perlu disediakan lebih awal lagi.
2. Ringan dan kepadatan alat-alatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan bahan mustahak dan bahan yang digunakan untuk mendirikan khemah.
3. Memilih peralatan yang serbaguna, murah dan baik, senang dibawa ke sana kemari dan tahan lasak
4. Minimakan kebergantungan terhadap peralatan yang sedia ada, gunakan pelbagai altenitif untuk menyelesaikan masalah.
5. Memeriksa keadaan peralatan sebelum perkhemahan. Sediakan satu borang senarai semak peralatan.
6. Peralatan individu juga perlu diperiksa. Satu senarai semak perlu diwujudkan untuk membantu para peserta perkhemahan untuk mengenalpasti barangan serta peralatan asas yang perlu dibawa semasa perkhemahan.


SEMASA PERKHEMAHAN

Pemasangan khemah

  • Semasa mendirikan khemah beberapa aspek perlu diberi perhatian:
    1. Jangan dirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah.
    2. Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau agak rata, kawasan tinggi , bersih dan tidak berbatu, berlubang atau terdapat tunggul kayu dan sebagainya.
    3. Periksa dahulu kawasan supaya tidak ada sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya.
    4. Jangan dirikan khemah di tempat berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang bisa atau ular.
    5. Jika dua atau lebih khemah yang didirikan berjajar, jarak di antara dua tali khemah, seeloknya seluas dua orang berjalan bersaing.
    6. Semasa mendirikan khemah, perkara-perkara berikut perlu diteliti:
    a. Arah cahaya matahari terbit dan jatuh. Elak cahaya terus masuk ke dalam khemah.
    b. Arah tiupan angin. Dirikan khemah supaya berlawanan dengan arah tiupan angin.
    c. Tanah rendah.
    d. Kawasan teduh dan selesa.
    e. Parit-parit kecil hendaklah digali di sekeliling khemah supaya air hujan tidak bertakung dan masuk ke dalam khemah.
    f. Tali khemah ke pancang hendaklah sentiasa tegang supaya khemah tidak menggelendur.
    7. Apabila berkhemah di hutan, serbuk sulfur (belerang) hendaklah ditaburkan di sekeliling khemah untuk menggelakkan binatang berbisa merayap ke dalam khemah pada waktu malam.
    8. Jika berkhemah di hutan bawalah bersama ubat nyamuk.

Pemasangan gajet

  • Semasa mendirikan gajet beberapa perkara perlu diambil kira:
    1. Jangan memotong pokok atau dahan secara sebarangan.
    2. Pastikan lebihan kayu atau tali yang telah digunakan dikumpulkan di satu tempat
    3. Gadjet disusun agar tidak menghalang laluan.
    4. Gajet hendaklah diikat dengan kukuh agar tidak cepat roboh.
    5. Gajet yang siap perlu diuji sebelum digunakan. Jika berlaku kecacatan, gadjet tersebut perlulah dibaiki.
    6. Jimatkan penggunaan tali dan kayu.
    7. Adalah digalakkan menggunakan tali yang tidak perlu dipotong. Tali tersebut tidak perlu dibuang bahkan dapat digunakan untuk perkhemahan seterusnya. Disamping itu dapat menggurangkan sisa buangan yang perlu dibuang.
    8. Pastikan gajet yang bersaiz besar tidak terlalu dekat dengan khemah kerana besar kemungkinan gajet tersebut boleh menimpa khemah.


Upacara menaikkan bendera Kadet Remaja Sekolah


1. Selesai pemasangan khemah serta gajet, satu upacara menaikkan bendera perlu diadakan, manakala disebelah petang upacara menurunkan bendera dilakukan beserta nyanyian Lagu Kadet Remaja Sekolah.
2. Perlakuan ini wajib dilakukan setiap hari sepanjang perkhemahan.

No comments:

Post a Comment